GGGB6663 :
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BANTU KOMPUTER (Tugasan Kumpulan) Tajuk 1: PENGGUNAAN BLOG DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Nama Ahli Kumpulan: Martina Rabai Anak Lee (GP 06666) Gomes Anak David Apat (GP 06634) Jenny Bong Siat Sze (GP 06663) Mary Anak Lawrence Ballang (GP 06632) Sawai Anak Pilok (GP 06534) Pensyarah: Dr. Fariza Binti Khalid PENGGUNAAN BLOG DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGENALAN Penggunaan media teknologi dan maklumat (ICT) mempunyai pengaruh yang kuat dalam sistem pendidikan kerana ia merupakan satu medium pengajaran dan pembelajaran yang lebih sofisikated dan berkesan kepada pelajar. Menurut Mohd Noorhadi et.al. (2017), teknologi kini mempunyai manfaat yang berupaya meningkatkan motivasi dan minat pelajar aktif dalam PdP. Selain itu, para pelajar sering menyatakan keseronokan dalam penggunaan teknologi dalam pembelajaran kerana mediumnya yang interaktif dan kemudahan akses dari segi maklumat, perkongsian bahan dengan rakan lebih mudah dan menjimatkan masa. Sistem pendidikan sedia ada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah bergantung sepenuhnnya kepada guru dan white board adalah merupakan metodologi pengajaran yang lapuk penggunaannya. Pada abad ke-21 ini, para guru amat digalakkan untuk menggunakan teknologi dalam pembelajaran agar mampu meningkatkan kemahiran murid. Menurut Mahdzir (2018), menyatakan para pendidik perlu menguasai pembelajaran abad ke-21 untuk membentuk murid yang menguasai kemahiran 4C (Communication, Collaboration, Critical Thinking dan Creativity). Guru masa kini kena sentiasa berusaha mendalami ilmu pengetahuan, meningkatkan kemahiran serta memperkasakan kaedah pengajaran dan pembelajaran, menggalakkan murid untuk menyemai kemahiran berunsurkan aras tinggi (KBAT) dan kreatif serta inovasi, menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang pesat berkembang, cepat berubah serta berdaya saing (Aminudin Mansor, 2017). Kajian Mohd Noorhadi (2017) berkaitan penggunaan ICT dalam PdP perlu dipertingkatkan dan dipelbagaikan melalui beberapa medium elektronik seperti berbantukan komputer dan perisian, melalui sistem rangkaian (networking), pangkalan data atau sistem internet seperti medial sosial yang meliputi facebook, e-learning, streaming video, laman web online, M-learning, dan youtube. Dapatan kajian Farrah (2011) turut mendapati blog berupaya menggalakkan pembelajaran kolaboratif dalam matapelajaran Ekonomi Asas dalam kalangan pelajar. Selain itu, terdapat pelbagai kajian lain mendapati penggunaan blog dalam keberkesanan pengajaran untuk pembelajaran dunia siber (Micheal, 2013). DEFINISI BLOG Blog merupakan jurnal, artikel atau informasi yang dibuat oleh blogger berdasarkan tarikh penerbitan dengan konteks atau informasi terbaru berada di urutan teratas yang ada di laman web. Ia merupakan satu platform untuk penulis secara individu mahupun berkumpulan berkongsi idea ke atas informasi yang dikongsikan oleh individu tersebut. Pembaca blog boleh menyatakan pendapat pada ruang komen dan berkomunikasi dengan penulis (Ogi, 2018). Antara senarai platform blog yang boleh membina blog seperti Blogger.com, WordPress.com, LiveJournal.com, Tumblr.com, Weebly.com dan lain-lain (Blogger Passion, 2018). Menurut Micheal (2013), blog sebagai alat media sosial secara personal. Sejak kebelakangan ini, penggunaan blog semakin luas digunakan sebagai alat pembelajaran dalam sistem pendidikan. Kajian menunjukkan pelajar kolej sekarang lebih meluangkan masa dalam penggunaan media sosial seperti mesej, blogging, penggunaan Facebook atau Twitter dan lain-lain dalam kehidupan seharian mereka. Oleh demikian, blog telah dijadikan salah satu medium pembelajaran dunia siber. Aplikasi blog dalam pendidikan meliputi penulisan, kajian, intepretasi, interaksi, refleksi, penyelesaian masalah, kolaboratif, perkongsian idea dan penyataan pendapat secara individu atau kumpulan (Brescia and Miller, 2006 petikan di Micheal, 2013). Dari segi sudut pendidikan, blog membolehkan pelajar untuk berkongsi pendapat terhadap isu dan mengulas mengenainya dengan pembaca dari seluruh dunia. Petikan Farrah, (2011) oleh Cambell (2003) dan Mompen (2010) menyatakan blog boleh terbahagi kepada tiga jenis iaitu: a. Blog tutor, yang boleh digunakan oleh guru bagi menyusun kandungan kursus matapelajarannya b. Blog kelas, yang digunakan oleh guru untuk mengendalikan kelas dan melibatkan pelajar c. Blog pelajar, yang digunakan oleh pelajar secara bersendirian atau berkumpulan. Menurut Ogi (2018), terdapat beberapa faedah dalam penggunaan blog antaranya: a. Menjadi seorang penulis dan pemikir yang lebih baik b. Sebagai pengiktirafan bagi individu dalam bidang tertentu c. Meningkatkan keyakinan diri d. Medium sosial untuk berkawan dan seronok e. Menjana pendapatan melalui blog Secara rumusan, blog merupakan satu medium pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dalam pendidikan. Guru hendaklah mempelajari penggunaan blog dalam pengajaran agar pembelajaran lebih menarik dan memberi kesan pembelajaran yang mendalam kepada murid. Micheal (2013), menyatakan penggunaan blog mempunyai potensi memperkayakan pengalaman pembelajaran dan menyebabkan pembelajaran lebih mendalam boleh berlaku. FUNGSI BLOG DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DALAM DUNIA PENDIDIKAN Blog dalam dunia pendidikan adalah medium penyampaian maklumat guru kepada pelajar. Antara ciri-ciri blog seperti mudah untuk di akses diharapkan dapat membantu pelajar mendapatkan maklumat berkenaan dengan pembelajaran. Penggunaan blog oleh guru sangat memudahkan pelajar untuk mengakses apa sahaja bahan pembelajaran dan pengajaran pada bila-bila masa sahaja sekiranya mendapat capaian rangkaian internet. Selain itu, penggunaan blog merupakan alat berkomunikasi seperti menggunakan email. Terdapat beberapa fungsi penggunaan blog dalam pembelajaran dan pengajaran: 1. Blog sebagai sumber maklumat Dalam dunia pendidikan pelbagai pengetahuan yang perlu dikuasai sama ada guru mahupun pelajar. Guru dan pelajar haruslah memiliki pelbagai sumber untuk mengembangkan pengetahuannya. Selain buku, terdapat juga sumber lain untuk mendapatkan maklumat. Contohnya ialah penggunaan blog. Kita boleh mendapatkan pelbagai pengetahuan dari blog-blog yang dihasilkan dalam dunia maya. 2. Blog sebagai media pembelajaran Kepesatan dan kemajuan teknologi memerlukan perubahan dan pengetahuan yang meluas bagi memudahkan pelajar dan guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dan pelajar seharusnya bergerak selari dengaan perubahan semasa di dalam dunia pendidikan. Contohnya, pembelajaran boleh berlaku di mana sahaja sama ada pembelajaran jarak jauh hanya menggunakan blog. Kebiasaannya, guru akan menyediakan bahan-bahan pengajaran di dalam blog seperti nota dan latihan untuk di akses oleh pelajar. Pelajar akan diberikan arahan untuk melaksanakan tugasan yang telah dikemaskini di dalam blog. 3. Blog sebagai pengasah bakat dan minat Walaupun kemajuan teknologi lebih memudahkan, tetapi ada juga pelajar yang tidak suka untuk menggunakan aplikasi seperti blog. Sebilangan pelajar lebih memilih bakat dalam dunia nyata berbanding dunia maya. Contohnya, pelajar yang suka kepada sukan bola keranjang tidak suka untuk melayani blog. Kebiasaannya, pelajar yang suka kepada penggunaan blog adalah pelajar yang mempunyai hobi fotografi, keseniaan dan sebagainya. Dengan demikian pelajar yang minat mengambil foto akan mudah untuk memasukkan hasil fotografi dan karya di dalam blognya utuk dikongsikan bersama pengguna blog yang lain. 4. Blog sebagai medium komunikasi dua hala Sebagai seorang guru haruslah memiliki kemahiran dan memanfaatkan blog yang dikendalikannya untuk mendapatkan maklum balas daripada pelajar bagi meningkatkan lagi proses serta kualiti pembelajaran yang berlaku. Kadangkala, pelajar berasa malu untuk menyuarakan pendapat atau persoalan di dalam kelas tetapi apabila menggunakan aplikasi blog pelajar tersebut dapat menyampaikan idea yang lebih kreatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam blog juga, pelajar diberikan kebebasan untuk memberikan pandangan di dalam ruangan komen yang disediakan oleh guru terhadap sesuatu persoalan pembelajaran yang diberikan oleh guru. CARA PENGGUNAAN BLOG DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Muktahir dengan perubahan masa dan cara berfikir manusia masa kini. Dunia pendidikan memerlukan perubahan bagi memudahkan penyebaran maklumat dan menjadikan masyarakat kita memiliki minda kelas pertama. Pelbagai cara dan kedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang menjadikan pendidikan hari ini lebih menarik dan berkesan sejajar dengan penggunaan digital teknologi. Antaranya ialah penggunaan blog untuk pengajaran dan pembelajaran. Blog merupakan satu medium yang dapat membantu meningkatkan kemahiran menulis, kemahiran membaca, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran untuk membuat keputusan bagi seorang penulis blog. Salah satu cara penggunan blog yang mampu meningkatkan taraf pendidikan negara ialah menggalakkan guru membuat classroom blog. Classroom blog mengandungi beberapa komponen iaitu ruang guru dan pelajar profile, bahan pengajaran dan pembelajaran, refleksi serta buletin. Melalui classroom blog, guru dapat berhubung dengan pelajar. Berkongsi maklumat, malah pelajar dapat muat naik bahan sama ada di rumah atau di mana-mana mereka berada selagi ada liputan internet. Setiap pelajar akan dibekalkan dengan kata laluan bagi memudahkan mereka mendapatkan maklumat. Seterusnya, apabila pelajar mendapat kata laluan. Guru perlu membuka talian sistem bagi memudahkan pelajar atau murid berbincang dan memberikan pendapat. Berdasarkan kajian lepas, David Weatherall (2015) mendapati bahawa pelajar menggunakan blog untuk berbincang, berkongsi idea dan maklumat, mendapatkan tugasan dan membuat refleksi. Munira Mutmainna (2016), mendapati blog dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang memerlukan penulis blog melibatkan diri secara aktif dan berpeluang untuk melakukan EFL/ESL (English Foreign Language/English Language Skill) berbanding pembelajaran cara tradisional dalam kelas. Langkah seterusnya ialah guru perlu mewujudkan hak reka cipta kelas bagi hasil karya murid atau pelajar bagi memudahkan mereka menulis, menghasilkan dan mengubahsuai karya mereka dalam blog pelajar. Hak Cipta penting supaya tidak ada yang meniru tugasan mereka. Hal ini juga, akan menjadikan seorang pelajar atau murid dapat meningkatkan kemahiran menulis, menganalisis dan menilai hasil karya rakan malah mampu membimbing rakan yang lemah dalam penulisan. Selain itu, ia mampu meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam berkarya. Apabila ada yang memberi komen positif pelajar atau murid akan menjadi lebih bermotivasi untuk menulis. Kajian Ghada Awada dan Ghazi Ghaith (2014), mendapati blog dapat membantu “Learners asserted the importance of the blog in increasing the confidence in one's abilities and accordingly increasing motivation. Some learners underscored the importance of the blog as a marketing too, learners respectively asserted the importance of using blog in the writing process, especially they highlighted the impact of the weblog postings as a source of feedback.” Blog menjadi platform bagi seorang pelajar atau murid untuk menulis dan menambah pengetahuan mereka melalui pembacaan jurnal atau news. Pelajar atau murid akan dapat membuat kritikan. Seterusnya, sentiasa mengemaskini bahan yang ada dalam blog tersebut dalam jangka masa yang sesuai. Sekiranya dapat, kemaskini setiap aktiviti kelas seperti kelas tambahan, jadual peperiksaan bagi memudahkan ibu bapa mengakses maklumat. Sekiranya perlu kemaskini bahan setiap minggu. Langkah seterusnya, galakkan pelajar atau murid membuka blog sendiri. Tujuannya supaya pelajar dapat berkongsi maklumat. Guru harus mebimbing pelajar dalam proses membina blog yang berkaitan dengan pembelajaran. Mengapa pelajar perlu ada blog? Berapa sebab pelajar atau murid ada blog adalah untuk memberikan peluang untuk mereka berbincang dengan kawan, dapat berhubung dengan guru dan rakan lain dari rumah, meningkatkan kemahiran menulis, mewujudkan jaringan global. Selain itu dapat membina kemahiran berfikir secara kritikal, kritis dan kreatif. Kajian Munira Mutmainna (2016), mendapati blog dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang memerlukan penulis blog melibatkan diri secara aktif dan berpeluang untuk melakukan EFL/ESL berbanding pembelajaran cara tradisional dalam kelas. Hal ini, membuatkan komunikasi antara penulis blog yang merupakan seorang guru atau pensyarah dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan tidak membosankan. Melalui blog seorang guru dapat berkongsi perancangan harianya. Guru adalah perancang, melalui blog guru dapat menyediakan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik. Manakala pelajar atau murid juga dapat meneyediakan diri. Jadi ini akan menjadikan pembelajaran semakin menyeronokkan. Apabila pelajar terlibat dalam perancangan mererka akan menjadi lebih yakin dan rasa dihargai. Dalam kajian Aydin (2014), mendapati bahawa blog mampu meningkatkan kemahiran berfikir dalam menghasil penulisan yang baik. Seterusnya dalam blog guru atau pelajar dapat mengumpulkan video, poskad, atau gambar. Semua aktiviti dan gambar mahupun bahan dapat dikumpulkan dan ini menjadikan pelajar lebih kreatif dan berfikir secara kritis untuk belajar. Pelajar suka kalau gambar dan video pembentangan mereka dimuat naik. Apabila blog kelas, blog student dah diwujudkan, guru atau pelajar bolehlah mewujudkan blog kelab tertentu. Dalam blog itu juga ada ruangan untuk menulis komen. Oleh itu, sebaik tamat kelas guru boleh meminta pelajr membuat refleksi. Kajian Micheal Van Wyk (2015), yang mendapati penggunaan eportfolio memudahkan seseorang guru untuk menulis refleksi. “… I think it is a mirror of my performance which gives me a clear picture of what happened on my teaching day. Therefore, I could reflect on my classroom experiences. It helps me modify my teaching practice.” Dalam situasi begini, guru akan menggunakan blog sebagai alat untuk membuat penilaian kendiri dan beliau akan berusaha untuk mengenalpasti cara terbaik untuk membantu pelajar. Menurut Micheal Van Wyk (2015) mendapati blog dapat membantu seorang guru membuat atau membangunkan semula cara pengajaran “… When I go back through my teaching lessons, reflectively in papers-or classroom settings and interactions, I can think how I will teach better tomorrow Knowing what is good and what is right in the economics education classroom is not an easy issue, it takes me time to think about I think it changed my conception of teaching economics education” Bagi guru yang menggunakan blog, mereka dapat menilai dan merancang pembelajaran dengan lebih baik dan terancang. Malah guru ini mampu mencari kaedah yang baru dalam meningkatkan pencapaian anak murid beliau. Sebagai contoh, seorang guru ekonomi dapat mengenalpasti kelemahan pelajar dalam melukis keluk. Jadi seorang guru yang kreatif mampu merancang aktiviti yang memudahkan muridnya memahami konsep yang diajar. Selain itu, penggunaan blog yang aktif menjadikan pengajaran lebih baik kerana blog memerlukan sesorang guru menulis dan menyampaikan maklumat dengan baik. Guru juga dapat membantu membetulkan tugasan pelajar dengan lebih mudah dan menjimatkan masa melalui ruang komen. Sesuai dengan perubahan masa kita menyedari bahawa penggunaan blog dalam pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting memandangkan pembelajaran pada hari ini berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat. Bagi merancang blog yang baik seorang guru perlu mengetahui apakah blog yang akan ditulis dan peranan blog kepada kumpulan sasaran yang ditetapkan. Antara blog yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah Classroom Blog, Edublog, Kidblog dan Class Blog Meister. Blog-blog ini membantu guru berkomunikasi dengan murid dalam memberikan tugasan atau latihan, Kaedah ini pula cepat dan pantas. Malah murid tidak dapat memberikan alasan tidak mendapatkan maklumat dan sebagainya. Selain itu melalui blog juga guru dapat menggalakkan murid berbincang dengan memberikan komen atau pendapat. Hal ini akan membantu guru untuk membuat refleksi dan menilai serta membuat penambahbaikan dalam pengajaran Dewasa ini, pelajar tidak suka duduk membaca di dalam perpustakaan, malah pelajar lebih banyak menghabiskan waktu bermain permainan dalam talian. Jadi, bagi menarik minat pelajar untuk membaca penggunaan blog sebagai tutor amat penting. Menurut Said Fathy El (2016), dalam kajiannya mendapati blog dapat meningkatkan kemahiran membaca bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar universiti yang aktif menggunakan blog sebagai alat untuk mendapatkan maklumat. KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PENGGUNAAN BLOG Meningkatkan kemahiran Penulisan Seseorang yang sering menulis artikel dan menyampaikan maklumat melalui blog peribadi mempunyai banyak kelebihan dari segi kemahiran menulis yang baik (Livy et.al., 2015). Kemahiran ini perlu dalam menarik pembaca untuk melayari blog dan membaca penulisan mereka. Gaya penulisan, bahasa dan maklumat-maklumat terkini amat perlu dalam penulisan Blog. Di Amerika Syarikat, ramai pemuda-pemuda yang bekerja sebagai penulis blog, Jurnal dan bibliografi. Penulis mendapat maklum balas melalui komen dan refleksi daripada para pembaca. Idea-idea baru akan wujud daripada pembacaan ini. Para pembaca turut terkesan daripada pembacaan ini. Mereka dapat menyelami perasaan dan kata-kata tersirat daripada penulis tersebut. Cepat dan mudah Setiap maklumat yang diberikan dalam blog sangat mudah untuk diakses di mana-mana jua seseorang itu berada. Seseorang yang selalu mengembara akan melihat pelbagai perkara baru yang berlaku dalam perjalanan. Mereka dapat memberi maklumat dan pengalaman tersebut dengan cepat melalui penulisan dalam blog mereka. melalui kajian Social Media Usage:2005-2015 oleh Andrew Perrin (2015) mendapati banyak peningkatan berlaku sedekad yang lepas. Demography menunjukkan golongan muda berumur antara 18 hingga 29 tahun antara pengguna media massa tertinggi dicatatkan. dari segi perbezaan gender, wanita mendominasi lelaki sebanyak 68% penggunaan media sosial. Golongan berpendapatan sederhana turut meningkat penggunaan sosial media sejak sedekad yang lepas. Di sini dapat dilihat semua lapisan masyarakat tidak terkecuali dalam menggunakan media sosial. Dalam media sosial mereka , mereka dapat melibatkan diri dalam memberikan komen, menghantar pesanan ringkas, ucapan bahkan menekan emoji dalam menunjukkan reaksi dalam perbualan dan perbincangan. Kemenjadian Murid Sergio & Alex (2018) dalam blog mereka “Psychliverpool” adalah jambatan kepada perhubungan semua pelajar di seluruh Liverpool. Blog ini mendapat pengiktirafan Google dan universiti of Liverpool kerana menjadi tempat pelajar-pelajar universiti untuk berdialog, berbahas dan berdiskusi. Pelajar boleh meluahkan segala idea dan panel-panel akan menilai sebelum idea tersebut boleh dipaparkan dalam blog ini. “Blogging can be effectively used as a platform to complete homework, share ideas, theories, explanations, and discussions” (z.a.shana , e.s abulibdeh 2015). Melalui blog, pembelajaran tidak akan terhenti selepas loceng sekolah berbunyi, murid-murid masih mampu untuk terus mendalami isi kandungan pembelajaran melalui komen dan maklum balas dalam blog. Murid dapat akses kepada internet dan menjawab persoalan melalui pembelajaran yang telah berlaku. “Blogging to be a valuable teaching tool to increase students’ clinical and critical thinking skills” Epstein & Ray, (2014). Blog juga boleh dijadikan sebagai satu sumber dalam menilai dan mencerap murid selaras dengan Kurikulum yang baru KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) dan KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah). Proses ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada guru dalam meringankan beban tugas yang banyak. Kadar tekanan rendah Tekanan perasaan berlaku kepada setiap manusia, tekanan berlaku sama ada eustress atau distress. kadang-kadang stress akan menjadi burnout andai tidak dicegah melalui amalan-amalan kesihatan seperti beriadah, melukis dan sebagainya. Penulisan menjadi satu cara dalam mengurangkan kadar tekanan. Penulisan dalam blog banyak berkaitan dengan pengalaman dan situasi yang berlaku dalam diri seseorang. Seseorang yang banyak meluahkan perasaan diri melalui penulisan blog dapat mengurangkan tekanan. perkongsian masalah sokongan sosial sebagai inti pati weblog dalam menangani masalah tekanan secara emosi dan permasalahan (Petko et.al., (2015). Pembaca juga mendapat maanfaat melalui pembacaan blog dan media-media yang lain. Membaca dapat membantu pembaca lebih memahami penyataan dan menilai suatu maklumat yang lebih tepat dan sahih. KELEMAHAN BLOG Komunikasi Kurang Berkesan Masa dan aktiviti banyak dihabiskan berhadapan dengan komputer. Walaupun kemahiran menulis dapat mempengaruhi pembaca. Namun, mereka lemah dalam berkomunikasi dan kurang bersosial. Keadaan ini bergantung pada kegunaan utama blog. Blog yang dijadikan sebagai media untuk menambahkan pendapatan menyebabkan seseorang itu perlu berada di atas meja dan mencari idea agar blog mereka dibaca oleh pembaca-pembaca di luar. Masa yang banyak bersama jaringan internet membuatkan seseorang itu jarang melakukan interaksi dan komunikasi secara bersemuka. Bahkan, dapat dilihat di sekeliling kita. Masyarakat lebih berinteraksi dengan alatan elektronik seperti telefon bimbit dan peranti – peranti elektronik yang lain ketika keluar bersama keluarga atau sahabat. Keadaan ini tidak terhenti di luaran sahaja, malah berlaku dalam rumah juga. Semua ahli keluarga terlibat secara langsung atau tidak langsung menyebabkan kurangnya komunikasi dalam rumah. Hasil dapatan kajian daripada Hsin Yi, (2016) menunjukkan kelemahan penggunaan blog dalam meningkatkan kemahiran menulis seperti blog lebih menjurus kepada penulisan diari dan kurangnya kemahiran pengurusan, risiko keganasan maklumat peribadi, tidak dapat dilakukan tanpa komputer dan internet, kurangnya maklum balas dan pembetulan dan gangguan. Oleh itu, penggunaan blog dalam penulisan lebih berkesan jika medium pembelajaran tersebut secara informal agar maklum balas yang dinyatakan lebih membina dan bermakna. Sekolah menjadi satu institusi pendidikan yang ingin mencapai modal insan yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia turut mencadangkan agar murid-murid melibatkan diri dalam semua aktiviti yang merangkumi 4C iaitu komunikasi, kolaborasi, kreatif dan pemikiran kritikal. KPM (PAK-21). Komunikasi diterapkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas dan ia berlaku sepanjang masa persekolahan. Walaupun pada hari ini sekolah masih menggunakan buku teks sebagai elemen utama proses pembelajaran. Tidak mustahil, suatu hari nanti sistem buku teks ditukar kepada penggunaan peranti sahaja dan semua proses pembelajaran bergantung pada komputer riba atau peranti lain sahaja. Dilema Pendidik Tugas dan tanggungjawab pendidik amat mencabar. Dalam dunia teknologi dan dunia tanpa sempadan menjadi satu cabaran kepada golongan pendidik. Dunia pendidikan yang banyak berubah sejak beberapa dekad yang lalu. Era ini tidak lagi berfokuskan kepada kehendak silibus dan murid hanya menerima sahaja. Hari ini kita berjuang meningkatkan generasi baru yang lebih aktif dan sifat ingin tahu yang tinggi. Menurut Majorek, (2015). ”An era where we have to fight for a student’s attention and meet his/her interests”.Generasi baru hari ini lebih kepada kehendak dan pujukan untuk terus belajar. Para pendidik perlu lebih dedikasi dalam menyediakan platform pembelajaran yang interaktif walaupun dalam silibus tidak ada syor berkaitan perkara lain selain daripada yang dicadangkan. Generasi hari ini banyak menghabiskan waktu dengan melayan peranti-peranti elektronik. Mereka merasakan amat mudah menggunakan peranti ini berbanding dengan menggunakan buku teks. Perubahan sosial dan intelektual murid turut mempengaruhi pendidik. Ramai pendidik telah mengubah cara pengajaran kepada penggunaan peranti seperti, komputer riba, telefon pintar, dan penggunaan LCD. perubahan ini perlu dalam menarik perhatian murid kepada proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Minda dan pemikiran generasi hari ini terbuka luas dan mereka belajar dalam pelbagai cara. Justeru, guru perlu lebih berpengetahuan dalam bidang mereka agar mereka juga tidak terikat dengan penggunaan buku teks dan papan tulis. MINI-MINI KAJIAN Exploring Students Perceptions of Blogs During Teaching Practice Placements Kajian Micheal (2013) mengenai persepsi pelajar dalam penggunaan blog semasa latihan pengajaran (praktikal) menggunakan kaedah qualitative. Seramai 457 sampel untuk menjawab soal selidik secara online dan 267 sampel dikaji berkaitan dengan blog. Hasil kajian menunjukkan bahawa blog dapat membina hubungan antara pelajar dalam komuniti, refleksi pelajar menyatakan blog adalah satu alat yang bagus untuk berkongsi idea dalam pengajaran semasa praktikal, memberi peluang kepada pelajar untuk bersosial antara rakan sekelas mengenai pengajaran menggunakan medium blog, dan blog merupakan medium membuat refleksi yang membina dalam menyelesaikan masalah semasa praktikal. The Effectiveness of Using Online Blogging for Students’ Individual and Group Writing Hasil Kajian Hashem (2018), ke atas pelajar EFL dalam penulisan selama 14 minggu menggunakan pre-test dan post-test di mana mereka menggunakan blog online (post-test) dan sebelum menggunakan blog (pre-test) untuk menyelesaikan tugasan penulisan menunjukkan penggunaan blog sangat berkesan dalam meningkatkan cara penulisan pelajar dari segi kemahiran menulis secara macrskopik dan microskopik. Beliau juga bersetuju bahawa blogging adalah satu platform untuk latihan penulisan untuk pembelajaran kendiri dan pengajaran kendiri hasil daripada respon pembaca lain. Pembelajaran Kolaboratif Menggunakan Blog Dalam Pembelajaran Mata Pelajaran Ekonomi Asas Yusliza dan Farrah Dina (2016), blog mempunyai potensi bagi meningkatkan pembelajaran secara kolaboratif di kalangan pelajar-pelajar sama ada semasa berada di dalam dan luar waktu persekolahan. Tujuan pertama tinjauan literatur ini dijalankan ialah bagi menilai keupayaan pembelajaran menggunakan blog dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran Ekonomi Asas dengan melihat aspek blog yang boleh digunakan. Tinjauan literature ini mendapati terdapat tiga cara blog dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran subjek Eknomi Asas, iaitu penggunaan blog dapat meningkatkan pemahaman pelajar di dalam pembelajaran melalui pembelajaran kolaboratif, memberi maklum balas yang cepat, dan guru dan pelajar dapat dihubungkan dengan guru-guru yang pakar di dalam mata pelajaran Ekonomi Asas. Kajian Penggunaan Blog Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Noor Fazlinda (2010), penggunaan blog dalam pendidikan dapat membantu pelajar berhubung secara atas talian dengan guru atau rakan. Pelajar boleh menggunakan blog sebagai medium untuk belajar dengan cara mencari maklumat ataupun berkongsi maklumat dengan pengguna blog yang lain. Terdapat beberapa faktor penggunaan blog dalam kalangan pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Tekonologi Malaysia iaitu perkembangan teknologi, pengaruh sosial dan perkongsian maklumat. Secara umumnya, kajian ini menunjukkan pelajar perlu menggunakan blog dalam aktiviti pembelajaran supaya menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih efektif dan efisyen. RUMUSAN Secara keseluruhan, blog merupakan antara alat yang sesuai digunakan oleh guru meningkatkan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Blog memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan selari hasrat dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2015) yang memanfaatkan ICT dalam PdPc. Guru boleh menjadikan blog sebagai elemen memperkayakan lagi gaya dan kaedah pengajaran sejajar dengan ledakan teknologi maklumat. Penggunaan blog mendatangkan banyak faedah kepada pelajar dan guru untuk bertukar pendapat dan pandangan terhadap pelajaran. Pelajar boleh menjadi blog sebagai medium meningkatan pengetahuan teknologi dan gaya pembelajaran maya. Di samping itu, blog menjadi wadah meningkatkan kemahiran penulisan dalam kalangan pelajar. RUJUKAN Aminudin Mansor. 2017. Rencam & Hebat Cabaran Guru Abad Ke-21. Majalah Pendidik. Julai: 38-39. Andrew Perrin. 2015. Social Media Usage: 2005-2015 65% of adults now use social networking sites – a nearly tenfold jump in the past decade. Pew Research Center. Aydin, S. 2014. The Use of Blog in Learning English as A Foreign Language. Melvana International Journal of Education. Vol. 4(1), pp. 244-259, 1 April 2014. Blogger Passion. 2018. Top 15 Free Blog Sites For Creating Free Personal Blog Really Quickly. https://bloggerspassion.com/free-blogging-sites/ [11 Jun 2018] David Weatherall. 2015. Online blogs as a reflective tool - the experience and support needs of a group of international students in Higher Education The Journal of Technology Enhanced Learning, Innovation and Change 1(1). Epstein I.,& Ray.A. 2014. Nursing students’ experiences on blogging in the classroom: Linking between ethics and pedagogy: Journal of Nursing Education and Practice, 2014, Vol. 4, No. 4 Farrah, D.Y. 2011. Pembelajaran Kolaboratif Menggunakan Blog Dalam Pembelajaran Mata Pelajaran Ekonomi Asas. Ghada Awada, Ghazi Ghaith 2014. Effect of Using the Blog Educational Tool on Writing Achievement and Motivation for Legal Writing International. Journal of Education and Research, Disember 2 (12). Hashem, A. A. 2016. The Effectiveness of Using Online Blogging for Students’ Individual and Group Writing. International Education Studies. Vol. 11, No. 1; 2018. Kementerian Pendidikan Malaysia , (Pembelajaran Abad Ke-21). Livy Lloyd Angeles, Rose Marthy B. Bongon, Fiel Myron C. Esguerra, Marjorie L. Rodrigues and Ma. Anna Corina G. Kagaoan. 2015. Perception of Students Towards Blogging As A Method of Writing. Journal of Arts and Sciences. Vol. 2, No.1. Mahdzir Khalid. 2018. PAK-21 - Bukan Bermakna Guna Teknologi dan Gajet Semata-mata. Majalah Pendidik. Feb: 6-8. Majorek. M.(2015). The Use Of Youtube In Education.Advantages And Disadvantages Of The Service As A Teaching Tool. Micheal Van Wyk. 2015. Eportfolios As an Alternative Assessment Tool Toward Empowering Economics Student Teachers. Micheal, M. 2013. Exploring Students Perceptions of Blogs During Teaching Practice Placements. Journal of Social Sciences, (4)14. Mohd Noorhadi, M.Y. & Zurinah Tahir. 2017. Kepentingan Penggunaan Media Sosial Teknologi Maklumat dalam Pendidikan IPTA. Journal of Social Sciences and Humanities. 12 (3). Munira Mutmainna. 2016. Implementing Blogs as a Learning Tool in Asian EFL/ESL Learning Context. BRAC University Journal, XI (1): 27-35 Noor Fazlinda B. Othman. 2010. Kajian Penggunaan Blog Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia. Ogi, D. 2018. How to Start a Blog. The Beginner’s Guide to Successful Blogging. Petko, D., Egger, N., Schmitz, F. M., Totter, A., Hermann, T., & Guttormsen, S. 2015. A review of studies on the potential benefits of weblogs for stress reduction. Cyberpsychology: Journal of Psychosocial Research on Cyberspace, 9(2), article 5. doi: 10.5817/CP2015-2-5 Robert Mening. 2018. How to strart a blog. http: //www.monster.com (7 Jun 2018). Said Fathy El Said Abdul Fattah.2016. The Effectiveness of Using Blogs as an Independent Learning Tool to Develop Reading Skills for University Students. Journal of Education and Practice, 7(32). Selami Aydin. 2014. The Use of Blogs in Learning English as a Foreign Language. Mevlana International Journal of Education (MIJE), April 4 (1): 244-259. Sergio A. Silverio & Alexandra Forsythe. 2018. Blogging As A Pedagogy: The Award-Winning‘Psychliverpool Blog’ And How It Is Developing A Community For Meaning. Yusliza Baharin & Farrah Dina Yusop. 2011. Pembelajaran Kolaboratif Menggunakan Blog Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Mata Pelajaran Ekonomi Asas. Jurnal Pendidikan, 31 (1). Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Z.A.Shana , E.S Abulibdeh. 2015. Engaging Students through Blogs: Using Blogs to Boost A Course Experience.
0 Comments
|