komputer-weebly.docx | |
File Size: | 21 kb |
File Type: | docx |
1.0 Computer a Tool (Komputer sebagai Alat)
Penggunaan komputer sebagai ’alat’ merujuk kepada penggunaan komputer sebagai alat untuk membantu guru menguruskan pengajarannya (Newby et al., 2000). Komputer menjadi alat bantu guru dalam proses PdPc. Komputer berfungsi sebagai alat penting membantu guru memproses perkataan, menjadi alat grafik, mengurus program pangkalan data dan juga helaian hamparan elektronik. Program-program aplikasi komputer yang biasa digunakan di sekolah di antaranya adalah program perisian kata seperti Ms Word untuk penulisan bahan mengajar (buat laporan), program perisian angka seperti Ms Excel untuk melakukan manipulasi angka-angka, perhitungan,pembuatan grafik, dan program untuk keperluan pembentangan seperti Ms PowerPoint. Selain kemudahan jaringan internet di sekolah-sekolah, komputer sebagai alat semakin menjadi penting untuk mencari maklumat dan komunikasi pembelajaran. Di samping itu, dengan adanya program bantu dan aplikasi matematik seperti: Matlab, Maple, QuickMath, GeoGebra, SketchPad, dan Cabri dapat digunakan untuk membantu dalam menyelesaikan soal-soal matematik secara cepat mahupun secara interaktif. Ledakan teknologi kini menjadikan komputer sangat penting dalam peningkatan ilmu pengetahuan dalam kalangan guru dan murid. Proses pembentukan pengetahuan baharu perlu untuk meningkatkan pengetahuan dan menjana pemikiran aras tinggi. Komputer banyak membantu guru membina pengetahuan murid selaras dengan perkembangan ICT yang memerlukan guru dan murid mahir proses pembelajaran di abad ke21. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merencanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 penggunaan ICT dalam pendidikan diberi perhatian serius, dan VLE Frog yang digunakan di sekolah-sekolah memberi peranan lebih jelas penggunaan komputer sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran masa kini. Hasliza, Siti & Zarina Mustafa, Frog VLE ini adalah satu daripada pendekatan yang baharu diperkenalkan, sesuai dengan peredaran perubahan kurikulum ke arah era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). 2.0 Computer a Tutor (Komputer Sebagai Guru) Selain menjadi alat bantu mengajar guru. Komputer juga berperanan sebagai guru. Komputer boleh melakukan pengajaran kepada guru dan sediakan aktiviti pembelajaran seperti kuiz yang melibatkan interaksi pelajar. Pelajar akan memberi respon yang disediakan. Komputer memiliki maklmuat dan mengawal lingkungan belajar. Komputer telah diprogram terlebih dahulu. Pada umumnya program-program komputer ini akan menyediakan beberapa maklumat, latihan, dan evaluasi. Dengan menggunakan program ini, pelajar mudah untuk mempelajarinya dan memberikan respon atau tanggapan jika terdapat pertanyaan yang perlu dijawab. Selanjutnya komputer memberi respon kepada jawapan pelajar tersebut ataupun memberikan tambahan maklumat baru. Terdapat 4 peranan komputer sebagai tutor ini iaitu:
3.0 Computer a Tutee (Komputer Sebagai Pelajar) Dalam konteks komputer sebagai pelajar, guru atau pelajar bertukar peranan dengan komputer. Dalam aplikasi ini komputer tidak lagi menyampaikan maklumat kepada pengguna, sebaliknya pengguna ’mengajar’ komputer untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Untuk mencapai aplikasi ini, pengguna perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran bagaimana untuk berkomunikasi dengan komputer dalam bahasa yang difahami oleh komputer tersebut bagi membolehkannya menghasilkan tugasan (Newby et al., 2000). Kemahiran ini juga memerlukan pemikiran logik serta kemahiran menyelesaikan masalah. Secara kesimpulannya, pelbagai kaedah boleh digunakan oleh guru untuk mengintegrasikan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh memilih sama ada untuk menggunakan komputer sebagai ’alat’, ’guru’ atau ’pelajar’ untuk mencapai objektif dalam PdPc.
0 Comments
|